'A BETTER TOMORROW' BAND SHOWCASE
Sabah dikenali sebagai lubuk seni dengan melahirkan banyak anak seni dalam Industri Kesenian dan Kebudayaan tanah air. Kemampuan Sabah untuk mengangkat anak seni turut mendapat tumpuan utama khususnya dalam Industri Muzik. Bagi Negeri Sabah, senario yang popular dalam kalangan belia di Negeri ini untuk berkarier adalah dengan melibatkan diri dalam Industri Muzik Independent. Penglibatan golongan belia dalam Industri Muzik Independent adalah sebagai kreativiti masing – masing dalam berkarier yang juga bertujuan untuk memenuhi permintaan peminat mereka sendiri. Kata Chester Sinidol, beliau yang bergiat aktif dalam arena Industri Muzik Independent bersama dengan kumpulan muzik (Band) sejak tahun 1998, melihat perubahan yang positif dan beberapa kemajuan dalam bidang Muzik ini apabila bidang ini disambut dengan baik oleh golongan belia dengan melihat usaha, komitment, kreativiti dan sensitiviti mereka dalam isu semasa Industri Muzik Independent selain memikirkan keberjayaan dan kestabilan band mereka. Chester Sinidol berpendapat “Muzik Independent di Sabah yang banyak melibatkan golongan belia kita ini mencapai di tahap kemampuan mereka untuk berkarier di pelbagai gedung persembahan. Malahan kritikan seni itu dapat dilihat dan dinilai oleh mereka dengan sendiri disebabkan komitment yang tinggi sepenuhnya atas usaha mereka sebagai seorang pengkarya. Disebabkan usaha itu bermula dan berakhir dengan usaha masing – masing, maka kreativiti dalam menghasilkan sebuah karier itu sering kali diketengahkan dalam persembahan mereka sehingga mereka mampu mempunyai peminat dan pendengar sendiri”.
Bagi mencapai satu lagi milestone, satu lagi usaha dilaksanakan iaitu merealisasikan showcase yang dianjurkan oleh Borneo Music & Sound Technology (BMT Studio) dengan kerjasama bersama Persatuan Pengerak Kreatif Dan Inovasi Sabah (SCREIMO) yang bertujuan memberi peluang kepada golongan belia khususnya yang bergiat aktif dalam Muzik Independent Sabah. Projek showcase ini akan menjadi satu kompilasi album yang bertajuk A Better Tomorrow dan sebanyak 10 Band yang terpilih dimana mereka bebas untuk memilih dan mempersembahkan genre Muzik dengan kreativiti masing – masing dalam penyampian lagu mereka. Pelaksanan projek showcase ini bermula pada 7 November 2020 sehingga 31 Januari 2021 dan siaran secara online pula akan dilaksanakan mulai 7 Jun 2021. Chester berpendapat showcase ini bukan sahaja untuk menghasilkan sebuah kompilasi album malahan juga menjadi pengalaman dan menjadi serba sedikit ilmu pengetahuan khususnya kepada band yang terlibat dalam pengurusan seni apabila projek ini turut mengkehendaki band - band tersebut bekerjasama dengan pengurus projek, krew, pengurusan pentas, pengurus studio rakaman, juruaudio pentas dan pengurusan lain yang terlibat dalam pelaksanaan projek ini. A Better Tomorrow juga dapat dikongsi dan dicapai oleh orang ramai dengan mudah memandangkan kompilasi ini dalam bentuk format mp3 dan video pra – rakaman dalam format mpeg dan mp4. Pelaksanan projek ini juga turut bertujuan bagi memanfaatkan sepenuhnya kelebihan kecanggihan teknologi dan pengaruh di media sosial sebagai medium pemasaran karya lagu - lagu. Selain itu, diharapkan juga projek ini dapat sambutan yang mengalakkan dalam kalangan pendengar dan meninggalkan implikasi yang positif bagi para penonton di Malaysia khususnya di Sabah.